English | Bahasa Malaysia
Anda boleh membuat permohonan Pemulangan/Bayaran Balik jika anda telah menerima item yang berbeza daripada yang anda pesan. Contohnya, jika anda memesan sekotak pensil tetapi barang yang diterima adalah sekotak pemadam, dalam kes seperti ini anda boleh membuat Pemulangan/Bayaran Balik untuk "Produk Salah".
⚠️ Bukti yang diperlukan:
Foto dan/atau video bungkusan yang diterima dan produk yang terkandung di dalamnya.
💡 Garis Panduan untuk Bukti:
Saiz fail: 10 MB/gambar, 30 MB/video (sehingga 1 minit)
Bukti video disyorkan untuk pemulangan produk yang rosak
Sertakan sejarah rundingan dengan penjual, jika berkenaan